Kisah Satu Malam

Ni kisah aku dan Nuke masa balik lepas nonton wayang cerita The Dark Knight (lagi?). Time tu (jam 10 lebey) aku ngan Nuke pown gerak la balik menaiki motokar dia, di tengah perjalanan pulang, dia kate nak isi angin di tayar. Aku pun kasik greenlight, lagak nyer cam aku bos, dia driver (gurau Nuke, sumpah aku gurau). Pastu kitorg pun pandu kearah stesen minyak shell yang berdekatan. Mula2 kitorg try pam angin pertama, pam tu rosak pulak, so drive ke arah pam angin bertentangan. Nasib baik pam tu tak rosak. Nuke dengan suka hati nyer keluar dan isi angin tayar. Aku stay dalam kereta, takut lepas dengar cerita pasal perompak2 merompak tuan kereta semasa isi angin. Dalam kepala hotak aku pikir kalau Nuke kene rompak, aku drive kereta dia bawak larik. Maybe lari ke IPK berdekatan dan melaporkan kejadian itu ngan tuan polis kat sana. Sengal.

Lepas Nuke selesai isi angin tayar semua, kitorg pun teruskan perjalanan pulang. Masa nak keluar dari stesen Shell tu, ade seorang akak ni, tiba-tiba dia ader kat depan depan kereta kitorg. Nuke emergency braked kereta, pastu aku motioned kan tangan aku kasi dia jalan, it looked like I present the world for her to cross. Akak tu, nampak aku buat camtu, berhenti kejap depan kereta, senyum nampak gigi sikit, pastu touched her hair, then waited for like 5 seconds before she walked away. Aku cakap dengan Nuke, apehal ngan akak tu? Pelik... Nuke gelak sakan. Aku cadang suro Nuke langgar je akak tuh, tapi Nuke masih waras lagi.

Aku memikirkan perkara tu sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Kenapa akak tu buat macam tu?

Kenapa?




-L-

Wednesday, November 19, 2008